>>>SUNBURN<<<

Posted on June 26, 2008 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Alhamdulillah, i’ve been away for a summer holiday wif a bunch of hottie gurls to a very hot n dry place on earth n came back here in one piece wif extra additional layer of sunburn on my face. wawawaaaaaaaa.

before i put up an entry bout d place itself, just wanna share here d spice of our journey =)

as d temperature was as high as 39degree celcius, n sunset was at 9.40pm, we were exposed to excessive UV ray per day. there were lots of gurlish precaution taken, some were wearing hats and mata lalat sunglasses, some were wearing caps and most of us put an inch of sunblock on our skin every half an hour. huhuhu.

pitty me who is allergic to sunblock and had to leave my skin tanned, pipi dan hidung nampak sgt merah. a new version of pocahontas. seb baek dis year tak blk msia, so takkan disakat dek my luvly abg2. fuh.

does it matter so much to me?

[of couse le, sbb abg2ku syg itu mmg sangat2 kuat menyakat adek comelnya]

but not anymore after reading these ayat from Chapter Ali Imran:

3:106 On the Day of Resurrection, when some faces will become white and some faces will become black, as for those whose faces will become black, to them will be said: ‘Did you reject Faith after accepting it? Then taste the torment in Hell for rejecting Faith.’

3:107 And for those whose faces will become white, they will be in Allah’s Mercy (paradise), therein they shall dwell forever.

benarlah Allah tidak pernah memandang rupa, tetapi iman di dada yg akan menentukan rupa kita di akhirat kelak.

moga bertemuNya dgn wajah yg putih cerah kesan wudhu’ dan sujudku,

Afifah,

~al munawwarah~

takut

Posted on June 4, 2008 by nadziraa.
Categories: *tiNta qalbuku*.

Kadang-kadang kita perlu lawan rasa takut dlm diri kita…takut ntuk exam…takut ntuk terima result…takut ntuk derma darah…takut ntuk sign contract…

sbb ape yg terjadi pada waktu hadapan, adalah dibawah kuasa dan ketentuan Allah s.w.t….moga yg terbaek buat iman dan akhirat kita…

ade orang yg dpt masuk syurga sbb selama hidupnya sentiasa susah…ade orang yg dicampakkn ke neraka sbb bila diuji dgn nikmat kesenangan, dia lantas jatuh kufur nikmat, tidak bersyukur dan bertambah bongkak.nauzubillah.

bak kat yusuf a.s…penjara itu lebih aku sukai…kerna jauh dr godaan.

cumanya…hari ini…rasa takut yg dtg menyapa tangkai hatiku…walaupon berkali2 ku cuba usir dan melawannya…namun rasa takut itu masih ada…bahkan semakin memuncak…lantas aku memanggil seseorang ntuk menemaniku…tiada jawapan…ku ketuk daun pintunya bertalu-talu,senyap… sebaliknya, muncul seseorang dari luar dan menawarkan dirinya ntuk menemaniku melintasi ‘zon takut’ itu. Dan ternyata, sebelum sempat aku memasuki zon itu, kawan baru ku itu menghentikan langkahnya, berpusing ke arahku seraya mengarahkanku segera pulang. BAHAYA! mereka semua sedang mabuk. dia yg lelaki pon tidak berani berhadapan dgn mereka, inikan pula gadis mentah sepertiku.

Img_8257

walaupun jam baru menganjak ke pukul 2petang, aku terus beredar dari situ, menuju ke library untuk menyudahkan kerja-kerjaku. Dalam hatiku, tak putus-putus ku panjatkan kesyukuran kpd Ilahi yg mendetikkan rasa takut ke dlm hatiku pd saat dan situasi yg sungguh tepat. Aku tidak dapat membayangkan kesudahanku sekiranya aku berlagak berani dan melalui zon gelap itu seorang diri.

Terima kasih ya Allah kerana melindungi hambaMu yg lemah ini.

"Dengan nama Allah, yg dgn namaNya akan terhalanglah segala sesuatu bencana di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

"Aku berlindung pd kalimat Allah yg sempurna, dari apa-apa kejahatan yg diciptakan."

yg sering berseorangan,

Afifah Che Embi,

Birmingham.

cinta di musim exam

Posted on May 15, 2008 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

sape kate takleh bercinta time exam?

[ni mmg ayat yg bley wat my mum menjegilkan biji matanya...or sponsor anta surat warning.zappp]

aku…jatuh cinta kat dia sejak aku ddk bertapa kat meja study dpn tingkap bilik. ari2 tgk dia. mane ler tak jatuh cinta. aish. org kate dr mate turun ke hati. pdhal memula tuh aku tade le suke pon kat dia. cam tak berkenan sgt. tp rupe2nye menarik gak dia nih. slalu jadi berdebar2 bila nk selak langsir tingkap. ye lah nk tgk ape kabar si dia di luar tu. bila dh dpt usha, hati jadi tenang and end up tersenyum sorang2. ehem… mmg le aku senyum sorang2, dh dia bukan kategori yg boleh nk senyum.at least dia lambai balek kat aku. dh cukup indah le tu =)

tp skang nih dh tade penyeri time ddk kat meja study sbb dia dh tade dpn tingkapku. bkn dia je, bunga tulip merah yg kat blakang dapur pon dh tade. tinggal bunga tulip kuning ngan lavender jer. aduhhh. rindu sehh nk tgk tulip merah tu tiap2 kali aku selak langsir bilik ntuk start study. cik tulip merah…mekaseh yer sbb sudi temankn aku stdy few weeks ago. alhmdulillah Allah has taught me to appreciate every lil thing in my life, treasure it while its there n move forward when its gone, tanpa mengurangkan sedikit pon rasa kesyukuran yg dipanjatkn kpd Ilahi. tak gitu cik tulip?

Dsc00496

cinta pd bunga kan layu akhirnya…so cintalah pd si Pembuat bunga [bukan pemberi bunga.huhuhu]

"syukurilah setiap nikmat dengan menjadikannya kenderaan ntuk mendekat, ntuk mengabdi kpd yg Maha Memberikan segala nikmat, Allah azza wajalla" ~intro lagu Jangan Ambil Penglihatanku by Tazakka~

cik fifah,

Al Munawwarah.

hitam putih hidupku

Posted on February 23, 2008 by nadziraa.
Categories: *tiNta qalbuku*.

Dsc00266_4

Menjalani hitam putih hidupku membuatku mengerti…

Erti hadirMu dalam setiap langkah-langkahku berarti,

Melewati setiap detik waktuku bersama takdirMu…

Membuatku mengerti hanyalah padaMu ku kembali.

Ku bersujud kepadaMu memohon ampunanMu,

Adakah jalan untukku ntuk kembali kepadaMu?

Akulah para pencariMu ya Allah,

Akulah yg merindukanMu ya Rabbi,

Tunjukkan ku jalan yg lurus,

Untuk ku thabatkan langkahku…

Akulah para pencariMu ya Allah,

Akulah yg merindukanMu ya Rabbi,

Hanya di tanganMu ya Allah,

Tempat ku pasrahkan hidupku…

~ para pencariMu ~ ungu ~

p/s: Adakah jalan untukku ntuk kembali padaMu? Adakah lagi ruang ntuk mengharap ampunanMu?

Saat ku meragukan keampunan Tuhan,

Kau katakan rahmatNya mengatasi segala =)

~ sebuah pertemuan ~ unic ~

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

~ Yusuf : 87 ~

Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.

Sesungguhnya Dialah yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kpd Rabbmu,

Dan berserah dirilah kpdNya,

Sebelum datang azab kepadamu,

Kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi.

~ Az Zumar : 53, 54 ~

647932273l

cul de sac

Posted on January 31, 2008 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Hujan lebat pagi ini, terlalu lebat untuk ku redahi…ditambah pula dengan kesejukan dan angin arctic yg meribut di luar sana.

Panggilan telefon ku terima dari kakak, mengkhabarkan perihal salji yg turun di Dundee dan Perth, tempat kakak berpractical. Ceria sungguh suaranya, sedangkan hatiku dipagut risau akan keselamatan kakakku itu ketika memandu di atas jalan yg dipenuhi timbunan ais yg melicin.

Awal bulan lalu, ketika aku sempat berpergian ke Dundee, panggilan yg hampir sama juga pernah ku terima, dari seorang adik memberitakan keseronokan melihat titisan2 putih sedang menggebu di Birmingham sendiri. Ahh, sedikit kecewa aku dibuatnya.. Apatah lagi bumi Scotland yg lebih sejuk dan lebih berpotensi utk dihiasi dgn gumpalan salju, tika itu langitnya tidak pula menunjukkan sebarang tanda untuk memutih.

Lalu kulontarkan rasa kecewaku kepada kakak, walau ku tahu ianya akan kedengaran sedikit keanak-anakan. Namun kakak setia memujuk hati ku yg rawan. Katanya, baguslah hanya frost di Scotland, bukan snow. Kalau tidak, nanti jalan licin dan mungkin juga Tay Bridge akan ditutup, yg menyebabkan kami tidak dapat bergerak ke Aberdeen utk usrah di mlm minggu itu.

Img_9241_2

Terbantut niatku utk berlama-lamaan melayan rasa kecewa. Tidak terfikir akan bahaya yg menanti dan chaos yg sering berlaku disebabkan makhluk putih ciptaan Allah itu. Sedangkan sebagai pejalan kaki pon, aku selalu menghadapi kesukaran utk menapakkan langkahku di atas permukaan ais yg licin dan lecak selepas turunnya salji, inikan pula pemandu2 kereta di UK yg rata2nya memandu selaju 70miles/hour, tentunya perlu memperlahankan pemanduan, dan sentiasa bersedia dengan brake di kaki supaya tidak terbabas ke gigi jalan, atau pon merempuh kenderaan lain.

Dsc00782

Bagaimana ya jika brake tidak makan? Atau rosak sama sekali? Sudah tentu nyawa sendiri bahkan nyawa orang lain pon boleh melayang.

Hmmm begitulah jua perjalanan hidup kita ini…memerlukan brake dlm setiap gerak langkah kita apabila kita tersasar dari haluan sebenar. Itulah istighfar. Perkataan yg membawa maksud “Ampunkan aku Ya Allah”, yang diucapkan apabila kita menyedari kesalahan kita, lalu mengharapkan keampunanNya dgn bersegera memberhentikan segala tindakan tersebut, sebelum kita terjerumus ke dalam azab Allah yg Maha Pedih.

Namun roda kehidupan tidak akan berhenti sebelum ajalnya, akan terus bergerak menyusuri lorong2 masa.. Ke manakah arah tuju kita? Ke syurga atau neraka? Sedang istighfar memberhentikan kita dari maksiat, maka taubat adalah U-turn yg perlu kita ambil, utk kembali kpdNya. Kembali kepada fitrah, kepada islam…walaupon kita mungkin akan dipandang pelik lagi canggung oleh orang lain. "Make urself home" ie. be comfortable to return to Him. Bukankah dariNya kita dtg, dan kepadaNyalah kita harus kembali!

Ahhh walaupun kutahu semua ini, hatiku masih lagi bersoal jawab:

Perlu ke aku tekan brake sekarang? Tak boleh ke beri aku sedikit lagi masa?

Utk ape afifah? Utk terus bergelumang dgn maksiat?

Tak takut kah mati dlm keadaan berdosa?

Tak takutkah diri akan menjadi lebih teruk lagi dan lebih dekat dgn api neraka?

Tak takutkah jika dikenakan azab yg maha hebat di akhirat nanti?

Tapi…aku tak kuat utk terus berhenti serta merta, utk terus kembali kpdNya. 

Itu cuma alasan, Afifah. Justification. Valid ke kat dpn Allah nnti?

Bukankah sumber kekuatan itu datang dari Allah, yg Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Dia juga yg Maha Halus, yg Maha Mendengar jerit rintih keluh kesah hati hambaNya.

Mintalah kekuatan dari Dia…

Mintalah bimbingan dari Allah dan dari orang2 yg telah Allah berikan al-hikmah (wisdom)…

Mintalah diberikan teman2 yg solehahyg hanya akan membisikkan kata2 nasihat dan pengharapan, bukannya cemuhan atau ajakan melakukan kebatilan.

Mintalah…dan mintalah…kemudian berusahalah secara berterusan…selaras dgn kemampuan diri.

Takkanlah dah bertahun ikut usrah dan tarbiyyah, masih dgn masalah yg sama…

Get urself improve Afifah! Frens! Adek2! semua2 lah!

Img_5115

so now, i leave d choice to our iman, whether nk tekan brake atau tak. whether nk buat U-turn atau jalan terus.

May we b guided. ameen.

Afifah,

Al Munawwarah.

dan salju pon berguguran…

Posted on November 27, 2007 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Assalamualaikum.

Dscf0021_2Alhamdulillah praise to Allah who gives me the chance to witness and experience another snowfall for this winter.

Subhanallah glory to Allah its still fascinated me, even though this is my third winter in Birmingham.

Malam itu…sambil mendepangkan tangan dan memutar-mutarkan badan di dalam lebat salju yg berguguran [bukan berguling ye, berputar je], cuba membacakan petikan ayat Quran yg menceritakan mengenai snow…tp lupe ayat dari surah mane.asif kawan2.

i’d better share it here:

Dscf0045_1"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan butiran-butiran salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-ganang, maka ditimpakannya salji itu kpd siapa yg dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari siapa yg dikehendakiNya.Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." [Surah An Nur : 43]

Point no1: Allah yg create salji ni. takyah kagum or berlagak dgn bandar Birmingham or tanah UK tempat kita blaja ni. bukan British yg hasilkan snow. its the power of Allah that makes it.

Point no2: Allah berkuasa nk bg salji ni turun kat siapa yg dikehendakiNya. tapi takkan le Allah turunkan saja2 kat kita. mesti ade reasons n purposes. i always feel dat snow is created to show His Greatness and His Compassion , so i should make more tasbih n praises to Him. feel His presence as close as i can so i would obey and submit to Him always and only.

Before Allah mentioned bout d snow, Allah has said :

" Tidakkah kamu tahu bahawa Allah, kepadaNya bertasbih apa yang dilangit dan di bumi, dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yg mereka kerjakan. Dan kepunyaan Allahlah kerajaan langi dan bumi, dan kepada Allahlah kembali (semua makhluk). " [An Nur:41,42]

Isn’t it clear enough that Allah wants us to glorify Him, just like all the other creations are glorifying Him in their own ways.

Let us familiarise ourselves wif zikr and tasbih, dont have to wait until next snowfall, coz we dont know when is exactly we are returning to meet Him.

"Wahai orang2 yg beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kpdNya di waktu pagi dan petang." [Al Ahzab:41,42]

Acctually, i’m not sure whats the specific doa to supplicate during snowfall, but i found one of the Prophet’s (s.a.w.) supplications, which is very beautiful and insyaAllah easy to memorise.

"O Allah, separate me from my sins as You have separated the east and the west. O Allah, cleanse me of my sins as white clothe is cleansed from dirt. O Allah, wash me of my sins with water, ice and snow." [Hadith Abu Daud]

***sape nk doa ni dlm arabic, bley mintak personally***

wallahu’alam.

Afifah,

Al Munawwarah,

nk g PMS,spain,turkey,egypt and mecca during winter, but mane le cukup duit dan masa. nice target. huhuhu.

MeDiCaTioN

Posted on November 6, 2007 by nadziraa.
Categories: *tiNta qalbuku*.

Jpeg_taulast week…

Doctor : Look at your lips, you look pale.

Afifah: Sumayyah, do i look pale?

Sumayyah: No. U look beautiful. Subhanallah.

Afifah: U r more beautiful indeed. in ur akhlak n deen. wish to ve dis kind of beauty.

on the other day…

Lana: u look pale today.

Afifah: owh, i forgot to put on my make up.hehehe.

Yesterday…

I walked pass a blind lady. She has a beautiful make up put on her face. Wondered how she managed to paint her face, it also made me to consider the joke that i once cracked to lana. Maybe cosmetic products will help my condition.

Oh Allah,

I need a ‘make up’ that can make me warmly smile to people, esp to my lovely parents n my beloved friends…so dat they wont know my pain n misery, so dat they dont ve to worry…so dat they will smile back at me…yeah…one hasanah for making people smile =)

Oh Allah,

I need a ‘make up’ that can beautify my innerself, my imaan, my taqwaa…so dat i’ll become prettier each and everyday, in Your Eyes…so dat i can meet You happily on a Day dat will come for sure…[happily ever after = happily in Hereafter]

on medication n purification,

Afifah Che Embi

Al Munawwarah.

childish am i?

Posted on October 20, 2007 by nadziraa.
Categories: *tiNta qalbuku*.

Subhanallah. For all the birthday wishes n prayers, gifts, flowers, hugs n LOVES.i treasure them all, as much as i treasure these frenship n sisterhood =)

hmm…counting d age by number, i am more synonym wif an advice/tease: "Be more matured" dat make me wanna shout -> Childish am i ???

Dsc00630i wont deny dat i still fancy eating choc, ice cream n lolli, enjoy playing rollerblade [despite many times i fall], reading harry potter n imagining d quiddicth world cup is held at d back of my house when acctually it is just an enarmous cricket stadium…plus a lengthy list of childish acts. Childish am i?

Memetik kata2 Syed Qutub dlm Muqadimah Fizilal Quran [translate: Di Bawah Bayangan Quran];

Dsc00456"Aku melihat minat dan cita2 penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil. Aku melihat pemuja2 jahiliyyah itu berbangga2 dgn ilmu pengetahuan yg ada pd mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak2, kefahaman dan pemikiran kanak2, minat dan cita2 kanak2…

Aku telah hidup di bawah bayangan al Quran, dan di sana aku dpt melihat alam ini jauh lebih besar dr saiznya yg dpt dilihat itu. Ia merangkumi dunia dan akhirat, kedua2nya sekali, bukannya dunia ini sahaja. Dan kewujudan manusia adalah bersinambung di lorong2 zaman yg amat jauh itu. Maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan…"

based on these paragraphs above, may i ask some childish questions :

Childish am i when i dont wanna pray alone coz i heard dat congregation prayer (solat jemaah) is much more pleased by Allah?

Childish am i when i take degree in pharmacy but i also wanna attend weekly usrah, to gain beneficial input for my deen?

Teaser1 Childish am i when i look forward for d Winter Gathering 2007 [though i have been there during my first year n second year winter holiday] coz i read dat Allah has said : " I am as my servant thinks I am. I am with him when he makes mention of Me. If he makes mention of Me to himself, I make mention of him to Myself. And if he makes mention of Me in an assembly, I make mention of him in an assemble better than it. And if he draws near to Me an arm’s lenght, I draw near to him a fathom’s length. And if he comes to Me walking, I go to him at speed."

Childish am i when i call for good deeds n ask no reward from you, except hoping to set myself n all of you free from d torment of hell fire?

Childish am i when i feel sad for d palestinians, and trying hard not to spend even a penny in jews-company-products [Boikot israel campaign], while teens are busy watching korean drama, wif tears falling down their eyes for obviously unreal tragedy…sob3.

wanna ask a few more…but i better stop, wif a famous teka-teki by Imam Al Ghazali :

What is d closest thing to us in dis world???

Wallahu’alam,

Afifah,

Al Munawwarah.

doa khatam quran

Posted on October 8, 2007 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Assalamualaikum.

maaf dh lama tak mengadap frensta n also dis piece of blog during dis blessed month of Ramadhan.

alhmdulillah dah sampai di penghujung Ramadhan. mesti ramai yg dah nk khatam or dah khatam Quran kan. so i thought it would b nice if i share d doa khatam Quran here, which can b found at d back of tafsir Quran syamil or any Quran but mostly just in its arabic text.

but before that, nk share a few lines from Brother Ali in "Ramadhan Reruns" produced by d Ummah Films. http://www.youtube.com/watch?v=nufpAnYeSUM

"Alhamdulillah we finish the Quran, but how much has it reaches our hearts? as impact our actions? If it just go through one ear and out the other, then what we really gain other than saying ‘oh we have finish the Quran during Ramadhan’. Subhanallah the companions of Prophet used to take 10 ayats at a time. They would memorise, learn and implement them."

~ This is Ali reminding you in case you forgot.~

here it goes :  Doa Khatam Quran

Dsc00523_2Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, kasihi aku dgn Al Quran. Jadikanlah Al Quran sebagai imam, cahaya, hidayah dan sumber rahmat untukku.

Ya Allah, ingatkan aku bila aku terlupa. Ajarkan aku bila aku jahil dlm memahaminya. Kurniakan aku kenikmatan membacanya sepanjang waktu, baik tengah malam atau tengah hari. Jadikan Al Quran sebagai hujjah bagiku, wahai Rabb sekelian alam.

Ya Allah, kurniakanlah kebaikan bagiku dlm Deen, yg merupakan kunci kehormatan bagiku. Kurniakanlah kebaikan kpdku di dunia, yg merupakan tempatku menjalani hidup. Kurniakanlah kebaikan bagiku di akhirat, yg merupakan tempatku kembali. Jadikanlah kehidupanku sentiasa lebih baik. Jadikanlah kematian sebagai kebebasanku dari segala keburukan.

Ya Allah, jadikanlah umur terbaikku di penghujungnya. Jadikanlah amal terbaikku di penutupnya. Jadikanlah hari-hari terbaikku saat bertemu denganMu.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu kehidupan yg ‘isyah, kematian yg normal dan tempat kembali yg tidak menyedihkan, dan terhindar dari badai.

Ya Allah, aku memohon kpdMu permintaan terbaik, doa terbaik, kejayaan terbaik, ilmu terbaik, amal terbaik, pahala terbaik, kehidupan terbaik, kematian terbaik. Kuatkanlah aku, beratkanlah timbangan kebajikanku, realisasikanlah imanku, tinggikanlah darjatku, terimalah solatku, ampunilah dosa-dosaku. Aku memohon syurga yg tertinggi.

Ya Allah, aku memohon kurnia yg wajib Engkau berikan, ampunan yg harus Engkau kurniakan, keselamatan dr segala dosa, ghanimah dr segala kebajikan, dan kemenangan mendapat syurga, serta keselamatan dr api neraka.

Img_7544_1Ya Allah, kurniakanlah kebaikan bagi kami dlm segala urusan, berikan pahala kpd kami dr segenap luka dunia dan seksa akhirat.

Ya Allah, anugerahkanlah untuk kami rasa takut kpdMu, yg membatasi antara kami dgn perbuatan maksiat kpdMu, dan anugerahkanlah ketaatan kpdMu yg akan menyampaikan kami ke syurgaMu, anugerahkanlah pula keyakinan yg menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini.

Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan kpd kami melalui pendengaran, penglihatan dan dlm kekuatan kami selama kami masih hidup, dan jadikanlah ia warisan dari kami. Jadikanlah balasan kami atas orang-orang yg menganiaya kami, dan tolonglah kami terhadap orang yg memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan musibah dalam urusan deen kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini adalah cita-cita terbesar dan puncak dari ilmu kami. Jangan Engkau jadikan orang-orang yg tidak mengasihi kami berkuasa ke atas kami.

Ya Allah, jangan pernah Engkau tinggalkan dosa kami, melainkan Engkau ampuni. Tidak ada kegalauan kecuali Engkau berikan jalan keluar, tidak ada hutang kecuali Engkau penuhi, dan tidak ada satu kebutuhan dunia dan akhirat kecuali Engkau penuhi, wahai Rabb sekelian alam.

Ya Rabb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jagalah kami dari azab api neraka.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.

Ameen. (semoga diperkenankan)

p/s: tak dapat dikenal pasti asal usul doa ni dr Nabi s.a.w. or dari sahabat or sape, tp best kan maksud doa ni =)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kpdmu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa orang yg berdoa apabila dia berdoa kpdKu, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu, dan hendaklan mereka beriman kpdKu, agar mereka selalu dalam kebenaran." [Al Baqarah:186]

mari berdoa, beramal dan beriman~~~

wassalam,

Afifah,

Al Munawwarah,

26 Ramadhan 1428.

^hunting the Lailatul Qadr^

i swear

Posted on September 17, 2007 by nadziraa.
Categories: seruan!.

Pernah dengar bunyi dengung bila ramai2 orang tekun membaca Quran sebelum solat? Walaupun mungkin lagi best kalau baca Quran beramai2 or tadarus in turn, tak kisahlah. Cuma saya nak cakap yg saya seronok hidup dlm suasana dan lingkungan sebegini. Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan yg mulia ni. Alhamdulillah, sangat2 bersyukur. Just a bit regret for coming late for d usrah. Sempat discuss hadith-9 je. Let me share it here:

The Prophet s.a.w. said: "That whatever I forbid you to do, avoid it. And whatever I command you to do, do it as much as you can" [Hadith Bukhari & Muslim]

Selain dari diperingatkan untuk menyempurnakan ibadah2 wajib, dan melipatgandakan amalan2 sunat, kitorang ade discuss gak pasal perkara2 yg membatalkan puasa. Sebenarnya kita kena define balek yg kita ni berpuasa dari apa? Kalau setakat puasa dari makan & minum, so kita cume perlu avoid food n drink je. But Allah has command us to fast from all sort of desires, from all kind of evil deeds. Merungut? Mengumpat? Menghasut? Mencarut? adus… banyak jugak yg tak boleh dibuat, not just in Ramadhan acctually, but dlm Ramadhan ni le kita kena bertahan dan mendidik jiwa kita dgn lebih effective. Bukan ade syaitan pon nak hasut tepi telinga.

Eleh cakap senang le kan! Tringat time kena marah/tegur/bebel/nasihat dek kawan baik saya akibat beberapa kali terguna swear words in my conversations. Dah everyday dengar F n S words, tak sedar yg saya pon dah terikut2. Bila marah je mula le terlepas itu ini. Nak stop tu memang payah le. Zaman sekolah dulu sampaikan terpaksa denda 50sen for every swear word spoke among my gang. Tapi bila gang pon dah berpecah dgn arah hidup masing2, sedangkan d habit masih tak dpt dibendung, sangat2 perit rasa bila nk mengekang diri from using swear words. Alhamdulillah now dat i found its switch off button - my anger. If i can control my anger, insyaAllah i wont swear again.

Tetibe teringat pulak kat hero citer ‘Kiamat Sudah Dekat’ yg suka sangat cakap "Swear!" (janji!) dgn pelat indon dan muka dia yg bersungguh2. Lucu le cerita tu. But a big message woo. Bila kita nk berubah ke arah kebaikan, mula2 memang le rasa malu n nak sorok2, tapi takkan le nk jadi baek sorang2 je? Baek kita ajak family n kawan2 kita gak. Bukankah ‘Kiamat Sudah Dekat’? Itu pun kalau umur kita panjang sempat tunggu kiamat. Kalau kiamat kecil a.k.a MAUT datang menjemput kita dulu???

"A man that decides to change on the 12th hour…dies on the 11th hour"

We always fell that we have many promised years ahead of us, not realising that death could hit us at anytime. Before it is too late, do change people! Me! You!   

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi." Apakah penggilapnya ya Rasulullah? Jawab baginda: "Membaca Quran dan mengingati mati" [Hadis riwayat Al Baihaqi]

wallahu’alam,

Afifah Che Embi

~Al Munawwarah~