jangan aku yg dirindu - part I
Sepanjang winter holiday dan exam weeks ni aka tiada kelas pagi2, rutin tidurku memang tetap tapi tidak betul. erkk. kesian kak aisyah yg menjadi tetamuku selama seminggu. samada dia tak dilayan, ataupun dia terpengaruh ntuk join sekali tidur pada waktu2 yg pelik.
there was one day, time tu baru le gak bangun tidur. tengok kakak dah kusyuk dkt dpn laptop dia. ku intai screen laptop nya. owh tgh check blog kawan baik dia yg baru sahaja melangsungkan walimah. semalam dok tengok gambar kawen kawan baik dia tu. ish rindu sangat agaknye kat kawan baik dia.
“Akak, akak rindu kat kak ness ya?”
“takdelah, saje je nk tahu perkembangan dia, sebab kitorang dah jarang contact. so melalui blog dia je lah sy dpt tahu psl dia.” dalih kakak yg mengesan riak jealous dalam pertanyaanku.
eleh tanak ngaku.
“Ape orang akan buat kalau rindu kat saya eh?” daku takde blog yg best ntuk ditatap. desisku di dalam hati.
“ermm kalau sy pergi mana2 dan teringat kat awak, mesti sy akan carikan hadiah ntuk awak.” jawab kakak yg memang sangat pemurah sejak pertama kali kukenali dirinya.
aku diam saja mencuka.
“kalau sy teringat kat akak, saya letak wallpaper handphone gambar akak.” sampuk juniorku yg selalu ku gelarkan dgn nama manjalara.
aduss. jawapan kedua2 orang insan yg rapat dgnku ini memang membuatkan ku berpikir panjang. aku ni tak mengingatkan mereka pada Allah ke? kot ye pon kaya or ade handphone best, jgn le rindu sy macam tu. tak mintak pon. better lah doakan something ntuk sy, or bg tazkirah and motivation kat sy ke. cik afifah ni dah le cepat hilang semangat.
ehehe. tapi memang tu lah yg diorang selalu buat. inbox handphone ku sentiasa penuh dgn nasihat dan kata2 semangat dari mereka. ayat2 quran dan kata2 nabi menjadi titipan buatku. di kala susah dan senang.
sejuk hatiku menerima ayat “Ibadurrahman” [Al furqan:63-77] dan ayat ke 40 surah At Taubah yg diedit indah oleh kakak sebagai hadiah hari lahirku. adik pula menghadiahkan ku buku ’simple wisdom- a daybook of spiritual living’. alhamdulillah sgt bermanfaat dlm memandu kehidupanku yg stressfull ini.
di kala gaza dan palestinian diserang hebat sejak 27dec lalu hinggakan angka syahid mencecah ribuan nyawa, aku berkira-kira sendiri. Syahid? Apa yg kita buat kalau kita claim yg kita juga rindukan syahid?
Nabi s.a.w. dulu pernah terdorong badannya ke hadapan ketika berdiri dalam solat membacakan ayat Allah mengenai syurga, kerana gambaran syurga itu terlalu jelas di matanya.
Sahabat yg dikenali sbg ‘Zu bijadain’ r.a. pula pernah meminta Nabi s.a.w mendoakan dia mati syahid di medan perang. Tapi Rasulullah doakan supaya dia terselamat dari pedang-pedang org kafir. “Bukan itu yg kuminta ya Rasulullah!” tungkas sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w. memujuk (dan mengajar) bahawa syahid itu termasuk juga jika kita jatuh sakit setelah kembali dr medan jihad. Dan begitulah syahidnya ‘Zu bijadain’, akibat diserang demam teruk dlm perjalanan pulang bersama angkatan perang muslimin.
Susah ntuk aku tulis sendiri, apa yg patut aku buat jika aku rindukan syahid. kerana mungkin syahid itu masih takut-takut utk ku laungkan sbg motto hidupku yg masih penuh dosa ini.
teringat perbualan jenaka dgn kak aisyah sewaktu dia membantuku menjawab soalan neuropharmacology melalui tetingkap ym. Kenapa orang puteh yg baik-baik lagi sanggup pergi tolong Palestine compare to muslim particularly bangsa Arab sendiri? sbb bg org kafir, tiada Hari Perhitungan selepas mati, so mati bila2 dan macam mana pon takpe. Sedangkan muslim ni byk sgt pikir. Pikir belum bertaubat lagi, belum cukup amal lagi. Tu yg takut nk jadi front line yg guarantee mati. itupon kalau mmg pkir akhirat dan takutkan Allah, kalau dihinggapi penyakit wahan ie takut mati sbb masih sibuk nk kejar dunia dan hiburan-hiburannya? lagi laa tanak pergi tolong palestine kan. siap boleh bersyukur negara sendiri (msia/uk) tak kena serang mcm tu. astaghfirullah’alazim. muslim should never be happy/relief when a bad thing afflict another muslim!
ya ilahi Rabbi, aku ingin menjadi orang yg sentiasa merindukan syahid dan syurgaMu, pemburu redha Allah dan keampunanMu.
aku kongsikan disini sedikit mutiara hikmah yg ku peroleh dari seorang murabbi apabila ku ajukan mengenai terbatasnya hidupku sebagai seorang pelajar muslim di UK.
1) sentiasa menanamkan cita-cita utk syahid, sehingga cita-cita itulah yg menggerakkn kita ntuk berlaku ihsan dlm setiap pekerjaan yg kita lakukan, esp dlm menunaikan tanggungjawab syahadah kita sbg ‘ummatan wasata’.
2) sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan orang lain. Allah ckp org yg bc quran dgn merangkak2 sbb tak reti tu lagi byk pahalanya. bukan nk suruh jadi tak reti, tp nk kita tahu bahawa Allah sentiasa appreciate usaha dan susah payah yg kita hadapi demi keranaNya. so never give up to be a better person. soleh wa musleh insyaAllah.
3) ambil tahu dan kaji kisah2 perjuangan Nabi, para sahabat, tabien dan orang-orang yg telah syahid di jalanNya. jadikan mereka sumber inspirasi, character mereka sbg qudwah, kisah hidup mereka sbg teladan. Bukan sibuk dgn watak-watak picisan spt artis, watak dlm crita novel, senior or rakan sekelas yg lebih pandai or lebih byk peminat etc etc.
4) melazimkan diri dgn istighfar dan taubat, kerana mati itu tidak akan tercepat atau terlambat barang seminit pun.
5) mengutamakan redha Allah dahulu barulah redha manusia. mentajarrudkan diri dari tipu daya dunia tetapi mempergunakan dunia utk mencapai akhirat.
“Dan janganlah kamu mencampuradukkan yg hak dengan yg batil dan janganlah menyembunyikan yg hak itu padahal kamu mengetahuinya.” [Al Baqarah:42]
wallahu’alam.
rindukan Dia memenuhi hari dan hatiku,
Afifah,
Baitul Hikmah.
4 comments.

