twilight

Posted on January 29, 2009 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Assalamualaikum.

Tadi baru lepas lecture Pharmaceutical, dan pening-pening pikir pasal drugs dan syringe driver yg affected by temperature under blanket blablabla.

dah le kena marah dgn Dr Ingam yg puteh n handsome tu bila semua orang dah bising-bising and not attentive sbb too much info and dah nearly lunch hour.

” I’m not used to people not wanting to know! “

Astaghfirulah. rasa teruk sangat diri ini sbb mcm tak hormat and appreciate lecturer yg berdiri kat dpn, dan takde pon kecintaan dan interest terhadap ilmu Allah yg byk. Sedangkan utk mengenal Allah adalah melalui ilmuNya.

Teringat kat naqibah baruku yg ketika bertaaruf, sgt teruja mendengar setiap orang dari kami memperkenalkan diri dan bidang study masing-masing. Semua ilmu dianggap interesting dan best. Menarik kan kalau ada attitude macam ni.

Sambil memikirkan macam mana nak ada positive attitute towards knowledge, aku berjalan ke bandar utk membeli baugette for my lunch. Menanti traffict light bertukar merah, dan melihat iklan Twilight d movie yg bersadur di badan bus.

“When you can live forever, what do you live for? “

Dulu aku selalu memikirkan, buat apa nak duduk dalam syurga dan jadi baik dan dapat semua benda yang kita nak. Dah le duduk dalam syurga selama-lamanya, tak boring ke? sebab time tu aku memang sangat jahat dan rasa tak betah bila jadi baik/skema.

Rupa-rupanya itu adalah termasuk perkara-perkara ghaib yg Allah tak suruh kita fikir. Sebaliknya Allah suruh kita fikir - Hidup kat dunia ni bukan forever, so kita hidup ni utk apa?

Ntuk Mak? Ntuk degree? Ntuk kerjaya? Ntuk suami? ntuk kaya? ntuk jadi paling pandai dan berpengaruh? Ntuk tak perlu pkir pasal umat Palestin yg berjuang? Ntuk jadi baik sorang2?

Hidup di dunia hanya sebagai ladang tempat kita beramal, suatu persinggahan sebelum bersemuka dgnNya lalu ditempatkan mengikut judgementNya berdasarkan iman dan amalan kita di dunia.

oh Allah, i hope You will be pleased and redha with this slave of Yours.  I am so sad as i couldnt please my parents, my siblings, my sisters, my friends or my colleagues for Your sake. How would i get Your redha ya Allah? Do help me out o Allah. I feel overburden by this feeling of failure.  I wish dat I can run from everyone and just be close to You, but i know that You are trying to test and teach me to be a better person and have patience and gentleness in order to carry this mission of spreading Your Words until i die or Allah’s rules are followed.

Subhanallah. kenapalah dlm byk2 ubat yg dicipta, takde pulak ubat utk tahan nanges, sedangkan ada ubat utk tahan muntah.  nampaknya dunia pharmacy masih belum cukup maju.

But it has been related on the authority of Abû Hurayrah (ra) who said: “I heard the Messenger of Allâh (saw) say:

  “Seven will be granted the shade of Allâh on a day when there will be no shade but His. A just ruler, a youth who has been brought up worshipping Allâh, a man whose heart is attached to the mosque, two people who love each other for the sake of Allâh and meet and part upon that, a man who is allurred by a woman of high standing and beauty and he says, “I fear Allâh”, one who gives charity in secret so that his left hand does not know what his right hand has given, and a man whose eyes fill up with tears when he remembers Allâh in private” (Bukhârî, Muslim and others)

May i always be an abid who is busy during twilight, remembering You and enjoining people to the goodness of this Deen.

twilight in Islam is known as Fajr/Subuh and Maghrib

twilight in Islam is known as Fajr/Subuh and Maghrib

check this out - http://en.wikipedia.org/wiki/Twilight

 

wassalam,

Afifah,

Aston University.

jangan aku yg dirindu - part I

Posted on January 17, 2009 by nadziraa.
Categories: Uncategorized.

Sepanjang winter holiday dan exam weeks ni aka tiada kelas pagi2, rutin tidurku memang tetap tapi tidak betul. erkk. kesian kak aisyah yg menjadi tetamuku selama seminggu. samada dia tak dilayan, ataupun dia terpengaruh ntuk join sekali tidur pada waktu2 yg pelik.

there was one day, time tu baru le gak bangun tidur. tengok kakak dah kusyuk dkt dpn laptop dia. ku intai screen laptop nya. owh tgh check blog kawan baik dia yg baru sahaja melangsungkan walimah. semalam dok tengok gambar kawen kawan baik dia tu. ish rindu sangat agaknye kat kawan baik dia.

“Akak, akak rindu kat kak ness ya?”

“takdelah, saje je nk tahu perkembangan dia, sebab kitorang dah jarang contact. so melalui blog dia je lah sy dpt tahu psl dia.” dalih kakak yg mengesan riak jealous dalam pertanyaanku.

eleh tanak ngaku.

“Ape orang akan buat kalau rindu kat saya eh?” daku takde blog yg best ntuk ditatap. desisku di dalam hati.

“ermm kalau sy pergi mana2 dan teringat kat awak, mesti sy akan carikan hadiah ntuk awak.”  jawab kakak yg memang sangat pemurah sejak pertama kali kukenali dirinya.

aku diam saja mencuka.

“kalau sy teringat kat akak, saya letak wallpaper handphone gambar akak.” sampuk juniorku yg selalu ku gelarkan dgn nama manjalara.

aduss. jawapan kedua2 orang insan yg rapat dgnku ini memang membuatkan ku berpikir panjang. aku ni tak mengingatkan mereka pada Allah ke? kot ye pon kaya or ade handphone best, jgn le rindu sy macam tu. tak mintak pon. better lah doakan something ntuk sy, or bg tazkirah and motivation kat sy ke. cik afifah ni dah le cepat hilang semangat.

ehehe. tapi memang tu lah yg diorang selalu buat. inbox handphone ku sentiasa penuh dgn nasihat dan kata2 semangat dari mereka. ayat2 quran dan kata2 nabi menjadi titipan buatku. di kala susah dan senang. 

frame 10 wasiat hasan al banna dari kak aisyah

frame 10 wasiat hasan al banna dari kak aisyah

sejuk hatiku menerima ayat “Ibadurrahman” [Al furqan:63-77] dan ayat ke 40 surah At Taubah yg diedit indah oleh kakak sebagai hadiah hari lahirku. adik pula menghadiahkan ku buku ’simple wisdom- a daybook of spiritual living’.  alhamdulillah sgt bermanfaat dlm memandu kehidupanku yg stressfull ini.

di kala gaza dan palestinian diserang hebat sejak 27dec lalu hinggakan angka syahid mencecah ribuan nyawa, aku berkira-kira sendiri. Syahid? Apa yg kita buat kalau kita claim yg kita juga rindukan syahid? 

Nabi s.a.w. dulu pernah terdorong badannya ke hadapan ketika berdiri dalam solat membacakan ayat Allah mengenai syurga, kerana gambaran syurga itu terlalu jelas di matanya.

Sahabat yg dikenali sbg ‘Zu bijadain’ r.a. pula pernah meminta Nabi s.a.w mendoakan dia mati syahid di medan perang. Tapi Rasulullah doakan supaya dia terselamat dari pedang-pedang org kafir. “Bukan itu yg kuminta ya Rasulullah!” tungkas sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w. memujuk (dan mengajar) bahawa syahid itu termasuk juga jika kita jatuh sakit setelah kembali dr medan jihad. Dan begitulah syahidnya ‘Zu bijadain’, akibat diserang demam teruk dlm perjalanan pulang bersama angkatan perang muslimin.

Susah ntuk aku tulis sendiri, apa yg patut aku buat jika aku rindukan syahid. kerana mungkin syahid itu masih takut-takut utk ku laungkan sbg motto hidupku yg masih penuh dosa ini.

teringat perbualan jenaka dgn kak aisyah sewaktu dia membantuku menjawab soalan neuropharmacology melalui tetingkap ym. Kenapa orang puteh yg baik-baik lagi sanggup pergi tolong Palestine compare to muslim particularly bangsa Arab sendiri? sbb bg org kafir, tiada Hari Perhitungan selepas mati, so mati bila2 dan macam mana pon takpe. Sedangkan muslim ni byk sgt pikir. Pikir belum bertaubat lagi, belum cukup amal lagi. Tu yg takut nk jadi front line yg guarantee mati. itupon kalau mmg pkir akhirat dan takutkan Allah, kalau dihinggapi penyakit wahan ie takut mati sbb masih sibuk nk kejar dunia dan hiburan-hiburannya? lagi laa tanak pergi tolong palestine kan. siap boleh bersyukur negara sendiri (msia/uk) tak kena serang mcm tu. astaghfirullah’alazim. muslim should never be happy/relief when a bad thing afflict another muslim!

ya ilahi Rabbi, aku ingin menjadi orang yg sentiasa merindukan syahid dan syurgaMu, pemburu redha Allah dan keampunanMu.

aku kongsikan disini sedikit mutiara hikmah yg ku peroleh dari seorang murabbi apabila ku ajukan mengenai terbatasnya hidupku sebagai seorang pelajar muslim di UK.

1) sentiasa menanamkan cita-cita utk syahid, sehingga cita-cita itulah yg menggerakkn kita ntuk berlaku ihsan dlm setiap pekerjaan yg kita lakukan, esp dlm menunaikan tanggungjawab syahadah kita sbg ‘ummatan wasata’.

2) sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan orang lain. Allah ckp org yg bc quran dgn merangkak2 sbb tak reti tu lagi byk pahalanya. bukan nk suruh jadi tak reti, tp nk kita tahu bahawa Allah sentiasa appreciate usaha dan susah payah yg kita hadapi demi keranaNya. so never give up to be a better person. soleh wa musleh insyaAllah.

3) ambil tahu dan kaji kisah2 perjuangan Nabi, para sahabat, tabien dan orang-orang yg telah syahid di jalanNya. jadikan mereka sumber inspirasi, character mereka sbg qudwah, kisah hidup mereka sbg teladan. Bukan sibuk dgn watak-watak picisan spt artis, watak dlm crita novel, senior or rakan sekelas yg lebih pandai or lebih byk peminat etc etc.

4) melazimkan diri dgn istighfar dan taubat, kerana mati itu tidak akan tercepat atau terlambat barang seminit pun.

5) mengutamakan redha Allah dahulu barulah redha manusia. mentajarrudkan diri dari tipu daya dunia tetapi mempergunakan dunia utk mencapai akhirat.

“Dan janganlah kamu mencampuradukkan yg hak dengan yg batil dan janganlah menyembunyikan yg hak itu padahal kamu mengetahuinya.” [Al Baqarah:42]

wallahu’alam.

rindukan Dia memenuhi hari dan hatiku,

Afifah,

Baitul Hikmah.