takut
Kadang-kadang kita perlu lawan rasa takut dlm diri kita…takut ntuk exam…takut ntuk terima result…takut ntuk derma darah…takut ntuk sign contract…
sbb ape yg terjadi pada waktu hadapan, adalah dibawah kuasa dan ketentuan Allah s.w.t….moga yg terbaek buat iman dan akhirat kita…
ade orang yg dpt masuk syurga sbb selama hidupnya sentiasa susah…ade orang yg dicampakkn ke neraka sbb bila diuji dgn nikmat kesenangan, dia lantas jatuh kufur nikmat, tidak bersyukur dan bertambah bongkak.nauzubillah.
bak kat yusuf a.s…penjara itu lebih aku sukai…kerna jauh dr godaan.
cumanya…hari ini…rasa takut yg dtg menyapa tangkai hatiku…walaupon berkali2 ku cuba usir dan melawannya…namun rasa takut itu masih ada…bahkan semakin memuncak…lantas aku memanggil seseorang ntuk menemaniku…tiada jawapan…ku ketuk daun pintunya bertalu-talu,senyap… sebaliknya, muncul seseorang dari luar dan menawarkan dirinya ntuk menemaniku melintasi ‘zon takut’ itu. Dan ternyata, sebelum sempat aku memasuki zon itu, kawan baru ku itu menghentikan langkahnya, berpusing ke arahku seraya mengarahkanku segera pulang. BAHAYA! mereka semua sedang mabuk. dia yg lelaki pon tidak berani berhadapan dgn mereka, inikan pula gadis mentah sepertiku.
walaupun jam baru menganjak ke pukul 2petang, aku terus beredar dari situ, menuju ke library untuk menyudahkan kerja-kerjaku. Dalam hatiku, tak putus-putus ku panjatkan kesyukuran kpd Ilahi yg mendetikkan rasa takut ke dlm hatiku pd saat dan situasi yg sungguh tepat. Aku tidak dapat membayangkan kesudahanku sekiranya aku berlagak berani dan melalui zon gelap itu seorang diri.
Terima kasih ya Allah kerana melindungi hambaMu yg lemah ini.
"Dengan nama Allah, yg dgn namaNya akan terhalanglah segala sesuatu bencana di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
"Aku berlindung pd kalimat Allah yg sempurna, dari apa-apa kejahatan yg diciptakan."
yg sering berseorangan,
Afifah Che Embi,
Birmingham.
no comments yet.

