cul de sac

Posted on January 31, 2008 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Hujan lebat pagi ini, terlalu lebat untuk ku redahi…ditambah pula dengan kesejukan dan angin arctic yg meribut di luar sana.

Panggilan telefon ku terima dari kakak, mengkhabarkan perihal salji yg turun di Dundee dan Perth, tempat kakak berpractical. Ceria sungguh suaranya, sedangkan hatiku dipagut risau akan keselamatan kakakku itu ketika memandu di atas jalan yg dipenuhi timbunan ais yg melicin.

Awal bulan lalu, ketika aku sempat berpergian ke Dundee, panggilan yg hampir sama juga pernah ku terima, dari seorang adik memberitakan keseronokan melihat titisan2 putih sedang menggebu di Birmingham sendiri. Ahh, sedikit kecewa aku dibuatnya.. Apatah lagi bumi Scotland yg lebih sejuk dan lebih berpotensi utk dihiasi dgn gumpalan salju, tika itu langitnya tidak pula menunjukkan sebarang tanda untuk memutih.

Lalu kulontarkan rasa kecewaku kepada kakak, walau ku tahu ianya akan kedengaran sedikit keanak-anakan. Namun kakak setia memujuk hati ku yg rawan. Katanya, baguslah hanya frost di Scotland, bukan snow. Kalau tidak, nanti jalan licin dan mungkin juga Tay Bridge akan ditutup, yg menyebabkan kami tidak dapat bergerak ke Aberdeen utk usrah di mlm minggu itu.

Img_9241_2

Terbantut niatku utk berlama-lamaan melayan rasa kecewa. Tidak terfikir akan bahaya yg menanti dan chaos yg sering berlaku disebabkan makhluk putih ciptaan Allah itu. Sedangkan sebagai pejalan kaki pon, aku selalu menghadapi kesukaran utk menapakkan langkahku di atas permukaan ais yg licin dan lecak selepas turunnya salji, inikan pula pemandu2 kereta di UK yg rata2nya memandu selaju 70miles/hour, tentunya perlu memperlahankan pemanduan, dan sentiasa bersedia dengan brake di kaki supaya tidak terbabas ke gigi jalan, atau pon merempuh kenderaan lain.

Dsc00782

Bagaimana ya jika brake tidak makan? Atau rosak sama sekali? Sudah tentu nyawa sendiri bahkan nyawa orang lain pon boleh melayang.

Hmmm begitulah jua perjalanan hidup kita ini…memerlukan brake dlm setiap gerak langkah kita apabila kita tersasar dari haluan sebenar. Itulah istighfar. Perkataan yg membawa maksud “Ampunkan aku Ya Allah”, yang diucapkan apabila kita menyedari kesalahan kita, lalu mengharapkan keampunanNya dgn bersegera memberhentikan segala tindakan tersebut, sebelum kita terjerumus ke dalam azab Allah yg Maha Pedih.

Namun roda kehidupan tidak akan berhenti sebelum ajalnya, akan terus bergerak menyusuri lorong2 masa.. Ke manakah arah tuju kita? Ke syurga atau neraka? Sedang istighfar memberhentikan kita dari maksiat, maka taubat adalah U-turn yg perlu kita ambil, utk kembali kpdNya. Kembali kepada fitrah, kepada islam…walaupon kita mungkin akan dipandang pelik lagi canggung oleh orang lain. "Make urself home" ie. be comfortable to return to Him. Bukankah dariNya kita dtg, dan kepadaNyalah kita harus kembali!

Ahhh walaupun kutahu semua ini, hatiku masih lagi bersoal jawab:

Perlu ke aku tekan brake sekarang? Tak boleh ke beri aku sedikit lagi masa?

Utk ape afifah? Utk terus bergelumang dgn maksiat?

Tak takut kah mati dlm keadaan berdosa?

Tak takutkah diri akan menjadi lebih teruk lagi dan lebih dekat dgn api neraka?

Tak takutkah jika dikenakan azab yg maha hebat di akhirat nanti?

Tapi…aku tak kuat utk terus berhenti serta merta, utk terus kembali kpdNya. 

Itu cuma alasan, Afifah. Justification. Valid ke kat dpn Allah nnti?

Bukankah sumber kekuatan itu datang dari Allah, yg Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Dia juga yg Maha Halus, yg Maha Mendengar jerit rintih keluh kesah hati hambaNya.

Mintalah kekuatan dari Dia…

Mintalah bimbingan dari Allah dan dari orang2 yg telah Allah berikan al-hikmah (wisdom)…

Mintalah diberikan teman2 yg solehahyg hanya akan membisikkan kata2 nasihat dan pengharapan, bukannya cemuhan atau ajakan melakukan kebatilan.

Mintalah…dan mintalah…kemudian berusahalah secara berterusan…selaras dgn kemampuan diri.

Takkanlah dah bertahun ikut usrah dan tarbiyyah, masih dgn masalah yg sama…

Get urself improve Afifah! Frens! Adek2! semua2 lah!

Img_5115

so now, i leave d choice to our iman, whether nk tekan brake atau tak. whether nk buat U-turn atau jalan terus.

May we b guided. ameen.

Afifah,

Al Munawwarah.

2 comments.



Comment on February 22nd, 2008.

nice written adik.. moga kita sama2 dapat melaksanakan apa yang awak tuliskan ini insyaallah… U-turn, mcam senang tapi susah sebenarnya..

Comment on February 25th, 2008.

Reminder yg sgt best..jazakillah..
adkh mmpu kite berthn slps kite mmbuat u-turn itu? semuga Allah memberi kekuatan..ameen..

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>