re: survey - 7days to exam

Posted on May 25, 2009 by nadziraa.
Categories: seruan!.

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah. regarding my previos post:

nk riak le tu. ces.

xde pon tulis benda buruk yg dia buat. nk tunjuk bagus ape!

of course le ade dosa dan perkara yg tak elok dlm hidupku. tp biarlah aib tu disimpan. mmg sepatutnye begitu yg disarankan Nabi s.a.w.

but d reason y i wrote dat so ‘positive’ survey is because i’m really annoyed wif recent trend of survey/quiz in frensta or facebook.

ntah pape ntahhhhhhh.

gerammmnye.

dah le gune tajuk yg mcm penting.”bila sy kawin”

skali bukak, aiseh…jwb soalan yg ntah pape.

wut do u wear rite now? hishhhh.

menjawab those soalan satu hal.

pastu post pulak kat buletin or msg board satu hal.

ape motifffnye????

tak menaikkn iman pon!

buang masa sendiri dan buang masa orang yg terclick msg tu.

tak membina atau menukar keadaan ummah dan bangsa muslim pon.

rasa nak je buat post my survey tu dlm buletin n mintak org lain reply jugak, n create a new positive wave of answering survey.

biarlah soalan2 yg ade adelah ntuk muhasabah ttg cara hidup kita, penggunaan masa kita…ke arah yg berfaedah dan diredhaiNya, ntuk lebih tunduk mendekati Allah azzawajalla.

and by reading others’ answers will  make us bersemangat dan berlumba2 ntuk buat kebaikan dan menambahkan amal kita.

baru la bangsa muslim jadi maju. sentiasa bergerak setapak demi setapak mengubah diri menjadi lebih baik dan terbaik.

islam bukan boleh menang dan jadi tampuk kuasa dunia senang2 je sedangkan bangsa muslim masih leka dan hidup berfoya2, yg terbukti melalui survey2 yg self-posted.

di bawah sinar mentari UK, alhamdulillah aku menemui jalan tarbiyyah dan dakwah ini. yg menunjukkan kepentingan berubah dan meningkatkn ilmu+amal ntuk menjadi spt generasi al quran aka para sahabat r.a, dan keindahan berkongsi apa yg aku ada dan memotivasikan orang lain juga ntuk mencari redhaNya. ya utk redhaNya. disitulah titik tolak, disitulah titik temu, disitulah titik kepuasan.

dulu aku…tak suka kot baca buku2 yg islamic. ade org hadiahkn buku Fathi Yakan pon aku baca sambil lewa dan ngantuk2. aku lagi suka baca quran n terjemahannya sahaja. sampai quran tafsir kat surau tu aku jadikan mcm harta sendiri aka pinjam bwk  balik bilik.

dan bila ade seorang kakak memberiku giga mega byte soft copy bahan2 bacaan fikrah islami, aku….simpan elok2 dlm laptop. bila rajin, bukak satu file, tenung2…n nguap. tak faham. mls nk faham. lantaklah.

namun bila aku disedarkan dgn tanggungjawab ntuk berdakwah dan utk menyambungkan mutiara-mutiara hikmah kpd generasi seterusnya, barulah aku terpukul….byknya yg aku tak tahu, byknya yg aku tak faham, byk yg aku tak reti mcm mana nk jelaskan pd orang lain, byk situasi yg aku tak tahu nk handle blablabla.

lalu buku2, dan pdf files menjadi teman setiaku, selain usrah dan daurah yg ku hadiri. berita2 islam dan isu2 dunia menjadi tatapanku, bukan hanya sekadar berita picisan mengenai hiburan. aku sedar aku tertinggal jauh di belakang dan aku sedar ntuk mengharap disuap dlm halaqah saban minggu je takkn mencukupi ntuk aku memenuhkan lompong2 yg cukup besar dlm diriku disebabkn 20tahun lebih hidup menjadi mangsa keadaan dlm kancah jahiliyyah, dan kemudian hendak memulakan langkah menjadi pendakwah dan menghadapi cabaran2nya memerlukan aku mempunyai kefahaman yg jelas, matang dan ilmu yg tinggi.

atas kesedaran inilah, alhamdulillah minat dan gaya hidupku berubah, kalaupon mungkin belum lagi sepenuhnya….dek kerana penyakit mls. dush.

setuju dgn kata2 ustaz fadzil. “kalau kita tak ditunjukkan dan disibukkan dgn tanggungjawab, kita akan sibuk dan tenggelam dgn hal sendiri yg remeh temeh”

moga Allah mengekalkan nikmat hidayah ini dan menthabatkan hatiku dan kakiku di jalan tabiyyah yg panjang ini.

“ya Allah jgnlah Engkau pesongkan hati kami, setelah Engkau berikan hidayah kpd kami”

so akhawat semua, jom tukar2 tajuk buku yg sdg dibaca as to motivate each other ntuk membaca. n bila jumpa nnti, bley share2 ape yg dibaca.

me - currently starting on Yusuf Qardawi’s - Tarbiyyah islamiyah dan madrasah hassan al banna + layan recording talk by UQY.

reciting n pondering - al maidah.

Ya Allah kurniakanlah kami lisan yg lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, kurniakanlah kami hati yg penuh khusyuk mensyukuri nikmatmu, kurniakanlah kami badan yg ringan ntuk menyempurnakan ketaatan kpdMu.

wassalam,

Afifah.

melawan nafsu pasca exam, mujahadah tanpa henti.

survey - 7days to exam

Posted on May 4, 2009 by nadziraa.
Categories: Current Affairs.

recently….

revising: Neuropharmaco and Drug Metabolism

reciting: Al ‘Araf

reading: hard copy - Medina to Jerusalem, by Ismail Patel (halfway) and soft copy - Surat2 Maryam Jameelah dan Al Maududi (finish)

listening to : al ghasiyah (tlg dgr org menghafal.hehehe) and salam to the mountain by hamza robertson + sami yusuf

attending: majlis solat hajat n cramah by ustaz erfino MSD

cooking: kambing aqeeqah masak rendang

favourite : dark belgian choc wif nuts…and strawberry cheesecake icecream tajaan NFAH.

talking wif : who else, my naqibah =)

chatting wif: nadiah d rummate while i’m in my ‘library’

if this recent status is not changing, do help me to move forward. i’m feeling half demotivated. huhuhu. adeke camtu?

Afifah,

Baitul Hikmah.

ilmu dan praktis

Posted on April 24, 2009 by nadziraa.
Categories: Current Affairs.

Allahumma inna nasaluka ‘ilman nafi’aa

Ya Allah kurniakanlah kami ilmu yg berguna.

Its time to freak out, when u got lots of things unrevised, or revised but forgotten already.

Dr Barbara Conway said she wont test us for each branded drug but we shud know some examples for each release system taught. -> dis is fairly reasonably expected. alhamdulillah tak kna hafal smua ubat yg ade dlm lecture notes aka banyak amat.

Dr Peter Seville membuatkn smua org gulp telan air liur lps dia kasi lecture on pulmonary delivery, n kasi soklan2 power yg bley berpeluh kalau nk goreng time exam nnti. Dahla ade lagi 6 jenis delivery routes kna study gak. mane la sempat nk buat deep reading. Seb baek d next day Dr Barbara menyelamatkan keadaan n bgtau yg subject coordinator wont give an essay question for dat topic, but would only give short anwer questions instead. aka not required to jwp panjang lebar lalala. saiko betul la Dr Peter nih. saje nk sroh kitorang pulun study.

Dr Ingham pulak….drpd slot tutorial and feedback session for aseptic formulations, dah jadi lecture (read:bersyarah) psl pharmacist responsibility ntuk make sure smua ubat yg dibancuh di hospital adelah clean, sterile and uncontaminated. Sbb dis week br je sorang baby mati lps masuk hospital kt uk nih, suspected drips yg dimasukkn ke badan dia ade contamination. tu sbb pharmacist la tak check btol2 tuh. adehhhh. dum dam dum dam le kna lecture dgn Dr Ingham. budget dia nk kasi soalan bocor ntuk exam nnti ke, nk stresskn point2 penting ntuk soklan essay ke…skali kna brainwash daaa.

tp nmpk yg dia sangat concern. “Its not about how much u know bout a drug and the procedure, but its about how much do you apply your knowledge in your practice!”

heh. terasaaaaaa.

bukan sbb sy buat ubat tak ikut procedure sgt…[walaupon sy confirm takkn makan ubat yg sy hasilkn sendiri...geli...mcm tak ckup sterile je]

tapi bila saya sedar…ape yg Dr Ingham ckp bukan saje applicable ntuk pharmaceutical knowledge, but far more important than that…ntuk knowledge of dis DEEN, ad deenul haq.

we know lots, at least rata2 dpt A ntuk SPM Pendidikan Agama Islam. drpd ilmu tauhid, tajwid, feqah, sejarah…byk yg kita tahu.

tp persoalannya, brp banyak yg kita apply?

brp percent dari hidup kita yg kita lalui berdasarkan ilmu2 tadi?

brp percent lagi yg ikut suka kita, ikut2 ckp kwn, ikut trend n normality dlm msyrkt?

zap zap zap.

rasa mcm kena libas.

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati.

Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.

Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.

Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan. - Ibnu Abbas

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan,

maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa,

maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib

Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui

maka akan diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui.

- Al-Auzaa’i

haila…

i wish we ve lots of cikgu yg beramal dan pentingkn amalan as much as d ‘ilm.

i wish i’ll always be in increasing state of learning n practising.

jom blaja n tarbiyyah diri.

wassalam warahmatullah.

Afifah,

Baitul Hikmah, Birm.

dari Ibnu Qayyim al Jauzi

Posted on March 17, 2009 by nadziraa.
Categories: seruan!.

Muqaddimah.

Hidup ini hanyalah satu perjalanan; bermula di alam ruh, memasuki alam rahim ibu, singgah di alam dunia untuk mencari bekal menuju alam barzakh, alam mahsyar, diadili, melalui as-siratul mustaqim dan penghujungnya sama ada syurga dan gembira dapat bertemu Allah atau penyesalan akibat dihumbankan keneraka.

Jalan kepada Allah memerlukan kesabaran, mujahadah jiwa dan memerangi kebatilan. Sebagai panduan, peringatan dan penunjuk jalan kupersembahkan beberapa faedah daripada pengamatan Imam Ibn Qayyim al-Jauzi.

Kebijaksanaan

“ Di manakah kamu sedangkan jalan ini terlalu jauh, Adam telah mengharungi pelbagai penat lelah, kerananya juga Nuh kepenatan, Ibrahim khalilullah dicampak ke dalam api, Ismail di tidurkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan harga murah dan merengkok di dalam penjara beberapa tahun, Zakaria dibelah kepalanya dengan gergaji, Yahya disembelih, Ayyub menghadapi penyakit yang memeritkan, Isa terpaksa berjalan bersama generasi yang ganas dan Muhammad s.a.w. mengharungi pelbagai bentuk penentangan…

….sedangkan kamu membuang masa dan bermain-main.

Itulah erti kehidupan, erti perhambaan dan erti tanggungjawab yang difahami oleh mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa.

Tabir

“ Pada diri seorang hamba terdapat tabir yang menutupi dosanya, antaranya dan Allah dan dosanya dengan manusia. Sesiapa yang membuka tabir dosanya antaranya dan Allah. Allah akan membukakan tabir dosanya antaranya dan manusia”

Membuka tabir dosa antaranya dan Allah ialah melakukan dosa dengan melupai Allah, tidak merasai bersalah dan tidak takutkan azabnya. Apabila tabir dosanya dibuka antaranya dan manusia semua keburukannya akan terhebah.

Persediaan

“ Setiap hamba mempunyai Pemilik yang akan ditemuinya dan rumah yang akan dihuninya. Maka hendaklah dia mencari keredaan Pemiliknya sebelum bertemu Tuhannya dan menghiasi rumahnya sebelum dia berpindah kepadanya,”

Tidak ada perhiasan yang paling indah daripada bertemu Allah dengan hati yang bersih dan sejahtera.

Untung

Keuntungan yang besar di dunia ialah, kamu menyibukkan diri kamu setiap masa dengan perkara yang lebih utama dan lebih bermanfaat untuk kehidupan akhiratnya.

Tidak ada perkerjaan yang lebih sibuk daripada beramal dan berdakwah mengajak manusia kembali kepada Allah

Bodoh

Berakalkah orang yang menjual syurga dan segala kenikmatannya hanya dengan kenikmatan syahwat yang hanya sedetik.

Allah Digeruni Dihampiri

Makhluk ialah jika engkau takutkannya engkau akan melarikan diri daripadanya sedangkan Allah jika kamu takutkannya kamu akan bermesra dengannya dan menghampirkan diri kepadanya.

Ilmu tanpa amal dicela

Jika ilmu itu bermanfaat tanpa beramal tidaklah akan Allah mencela padri-padri ahli kitab.

Amal tanpa ikhlas binasa

Jika bermanfaat amal tanpa ikhlas tidaklah Allah akan mencela golongan munafik.

Setiap orang ditentukan kesudahannya

Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga akan sentiasalah pemberiannya dari perkara yang dibencinya. Sesiapa yang diciptakan Allah untuk menjadi ahli neraka sentiasalah pemberiannya melalui kenikmatan syahwat.

Luka yang membunuh

Dosa adalah luka. Boleh jadi satu luka sudah cukup untuk membunuh.

Harga syurga

Juallah diri kamu, pasarnya sudah ada dan harganya sudah ditetapkan.

Fitrah

Bumi fitrah subur dan sentiasa menerima apa sahaja yang disemai. Jika kamu menanam benih iman dan takwa kamu akan mewarisi kemanisan selama-lamanya . Jika kamu menanam benih kejahilan dan nafsu buahnya sentiasa pahit.

Nilai ilmu

Iblis gembira apabila Adam digugurkan dari dunia tetapi dia tidak tahu setiap penyelam yang jatuh kedalam air akan tetap akan dapat keluar daripadanya.

Kelalaian

Tidak dapat dinafikan akan ada perasaan ingin tidur dan lupa tetapi tidurlah dengan nipis supaya kamu mendengar penjaga negeri menjerit: Subuh sudah hampir.

Pendinding rezki

Dosa adalah pendinding pintu usaha. Seseorang hamba diharamkan rezki kerana dosa yang dilakukannya.

Perhambaan sejati

Apabila Adam a.s. sejahtera perhambaannya, dosanya tidak membawanya ke neraka.

Bahaya syirik

‘Wahai anak Adam jika kamu bertemu denganKu dengan dosa sebesar bumi tetapi kamu tidak menyekutui aku dengan sesuatu Aku akan menemuimu dengan sebesarnya juga keampunan.”

Tersalah.

Jika seorang hamba melakukan dosa bukan sengaja untuk mengingkari perintahNya, bukan kerana mencemarkan hukumNya akan diajarkan kepadanya cara untuk memohon keampunan.

Ibadah yang ditunjukkan

Dosa yang dikeji lebih disukai-Nya daripada amal yang ditunjukkan.

Awasilah panahan iblis

Membiarkan mata bebas menjadikan hati tertulis akan segala yang dilihat, sedangkan hati adalah ka’bah manakala Allah tidak suka ia dipenuhi oleh berhala.

Kehidupan Roh

“ Wahai orang-orang yang beriman sahutlah seruan Allah dan al-Rasul apabila kedua-duanya menyeru kamu kepada perkara yang menghidupkan kamu…” al-Anfal, 24.

Seruan itu ialah : Jihad dan al-Quran

Nilai diri

“..Jika kamu mengetahui nilai dirimu di sisi Allah, nescaya kamu tidak akan memalukan-Nya dengan dosa. Allah menghalau Iblis kerana enggan sujud kepada kamu ketika kamu berada di dalam sulbi Ayahmu..Alangkah hairannya… bagaimana boleh kamu berdamai dengannya dan meninggalkan Allah..”

jentayu

Posted on February 18, 2009 by nadziraa.
Categories: *tiNta qalbuku*.

jentayu…patah sayap bertongkat paruh

jentayu…patah paruh bertongkat siku

jentayu…patah siku bertongkat dagu

jentayu…patah dagu bertongkat kuku

nape tetibe masuk jentayu mode pulak? sbb result br kuar.amat terok. amat. sangat sedey. tp harus bangkit dan berusaha dgn apa yg masih ada.sdg pujuk hati ntuk tak give up sbb Nabi ckp even esok kiamat pon still kna usaha tanam biji benih kat tgn. hasil blkg crite. usaha eh fifah. jgn patah semangat. insyaAllah masih belum terlambat ntuk pulun cover blk mane yg hampeh.

“Apabila kamu menghendaki hidup berjaya di dunia hendaklah kamu berilmu dan apabila kamu menghendaki hidup berjaya di akhirat hendaklah berilmu dan apabila kamu menghendaki kedua-duanya hendaklah juga kamu berilmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s: jazakillah kak mag for ur one-hour-study-motivation-call to dis lil pharmacy student despite ur completely different world of accountancy.

Afifah.

twilight

Posted on January 29, 2009 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Assalamualaikum.

Tadi baru lepas lecture Pharmaceutical, dan pening-pening pikir pasal drugs dan syringe driver yg affected by temperature under blanket blablabla.

dah le kena marah dgn Dr Ingam yg puteh n handsome tu bila semua orang dah bising-bising and not attentive sbb too much info and dah nearly lunch hour.

” I’m not used to people not wanting to know! “

Astaghfirulah. rasa teruk sangat diri ini sbb mcm tak hormat and appreciate lecturer yg berdiri kat dpn, dan takde pon kecintaan dan interest terhadap ilmu Allah yg byk. Sedangkan utk mengenal Allah adalah melalui ilmuNya.

Teringat kat naqibah baruku yg ketika bertaaruf, sgt teruja mendengar setiap orang dari kami memperkenalkan diri dan bidang study masing-masing. Semua ilmu dianggap interesting dan best. Menarik kan kalau ada attitude macam ni.

Sambil memikirkan macam mana nak ada positive attitute towards knowledge, aku berjalan ke bandar utk membeli baugette for my lunch. Menanti traffict light bertukar merah, dan melihat iklan Twilight d movie yg bersadur di badan bus.

“When you can live forever, what do you live for? “

Dulu aku selalu memikirkan, buat apa nak duduk dalam syurga dan jadi baik dan dapat semua benda yang kita nak. Dah le duduk dalam syurga selama-lamanya, tak boring ke? sebab time tu aku memang sangat jahat dan rasa tak betah bila jadi baik/skema.

Rupa-rupanya itu adalah termasuk perkara-perkara ghaib yg Allah tak suruh kita fikir. Sebaliknya Allah suruh kita fikir - Hidup kat dunia ni bukan forever, so kita hidup ni utk apa?

Ntuk Mak? Ntuk degree? Ntuk kerjaya? Ntuk suami? ntuk kaya? ntuk jadi paling pandai dan berpengaruh? Ntuk tak perlu pkir pasal umat Palestin yg berjuang? Ntuk jadi baik sorang2?

Hidup di dunia hanya sebagai ladang tempat kita beramal, suatu persinggahan sebelum bersemuka dgnNya lalu ditempatkan mengikut judgementNya berdasarkan iman dan amalan kita di dunia.

oh Allah, i hope You will be pleased and redha with this slave of Yours.  I am so sad as i couldnt please my parents, my siblings, my sisters, my friends or my colleagues for Your sake. How would i get Your redha ya Allah? Do help me out o Allah. I feel overburden by this feeling of failure.  I wish dat I can run from everyone and just be close to You, but i know that You are trying to test and teach me to be a better person and have patience and gentleness in order to carry this mission of spreading Your Words until i die or Allah’s rules are followed.

Subhanallah. kenapalah dlm byk2 ubat yg dicipta, takde pulak ubat utk tahan nanges, sedangkan ada ubat utk tahan muntah.  nampaknya dunia pharmacy masih belum cukup maju.

But it has been related on the authority of Abû Hurayrah (ra) who said: “I heard the Messenger of Allâh (saw) say:

  “Seven will be granted the shade of Allâh on a day when there will be no shade but His. A just ruler, a youth who has been brought up worshipping Allâh, a man whose heart is attached to the mosque, two people who love each other for the sake of Allâh and meet and part upon that, a man who is allurred by a woman of high standing and beauty and he says, “I fear Allâh”, one who gives charity in secret so that his left hand does not know what his right hand has given, and a man whose eyes fill up with tears when he remembers Allâh in private” (Bukhârî, Muslim and others)

May i always be an abid who is busy during twilight, remembering You and enjoining people to the goodness of this Deen.

twilight in Islam is known as Fajr/Subuh and Maghrib

twilight in Islam is known as Fajr/Subuh and Maghrib

check this out - http://en.wikipedia.org/wiki/Twilight

 

wassalam,

Afifah,

Aston University.

jangan aku yg dirindu - part I

Posted on January 17, 2009 by nadziraa.
Categories: Uncategorized.

Sepanjang winter holiday dan exam weeks ni aka tiada kelas pagi2, rutin tidurku memang tetap tapi tidak betul. erkk. kesian kak aisyah yg menjadi tetamuku selama seminggu. samada dia tak dilayan, ataupun dia terpengaruh ntuk join sekali tidur pada waktu2 yg pelik.

there was one day, time tu baru le gak bangun tidur. tengok kakak dah kusyuk dkt dpn laptop dia. ku intai screen laptop nya. owh tgh check blog kawan baik dia yg baru sahaja melangsungkan walimah. semalam dok tengok gambar kawen kawan baik dia tu. ish rindu sangat agaknye kat kawan baik dia.

“Akak, akak rindu kat kak ness ya?”

“takdelah, saje je nk tahu perkembangan dia, sebab kitorang dah jarang contact. so melalui blog dia je lah sy dpt tahu psl dia.” dalih kakak yg mengesan riak jealous dalam pertanyaanku.

eleh tanak ngaku.

“Ape orang akan buat kalau rindu kat saya eh?” daku takde blog yg best ntuk ditatap. desisku di dalam hati.

“ermm kalau sy pergi mana2 dan teringat kat awak, mesti sy akan carikan hadiah ntuk awak.”  jawab kakak yg memang sangat pemurah sejak pertama kali kukenali dirinya.

aku diam saja mencuka.

“kalau sy teringat kat akak, saya letak wallpaper handphone gambar akak.” sampuk juniorku yg selalu ku gelarkan dgn nama manjalara.

aduss. jawapan kedua2 orang insan yg rapat dgnku ini memang membuatkan ku berpikir panjang. aku ni tak mengingatkan mereka pada Allah ke? kot ye pon kaya or ade handphone best, jgn le rindu sy macam tu. tak mintak pon. better lah doakan something ntuk sy, or bg tazkirah and motivation kat sy ke. cik afifah ni dah le cepat hilang semangat.

ehehe. tapi memang tu lah yg diorang selalu buat. inbox handphone ku sentiasa penuh dgn nasihat dan kata2 semangat dari mereka. ayat2 quran dan kata2 nabi menjadi titipan buatku. di kala susah dan senang. 

frame 10 wasiat hasan al banna dari kak aisyah

frame 10 wasiat hasan al banna dari kak aisyah

sejuk hatiku menerima ayat “Ibadurrahman” [Al furqan:63-77] dan ayat ke 40 surah At Taubah yg diedit indah oleh kakak sebagai hadiah hari lahirku. adik pula menghadiahkan ku buku ’simple wisdom- a daybook of spiritual living’.  alhamdulillah sgt bermanfaat dlm memandu kehidupanku yg stressfull ini.

di kala gaza dan palestinian diserang hebat sejak 27dec lalu hinggakan angka syahid mencecah ribuan nyawa, aku berkira-kira sendiri. Syahid? Apa yg kita buat kalau kita claim yg kita juga rindukan syahid? 

Nabi s.a.w. dulu pernah terdorong badannya ke hadapan ketika berdiri dalam solat membacakan ayat Allah mengenai syurga, kerana gambaran syurga itu terlalu jelas di matanya.

Sahabat yg dikenali sbg ‘Zu bijadain’ r.a. pula pernah meminta Nabi s.a.w mendoakan dia mati syahid di medan perang. Tapi Rasulullah doakan supaya dia terselamat dari pedang-pedang org kafir. “Bukan itu yg kuminta ya Rasulullah!” tungkas sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w. memujuk (dan mengajar) bahawa syahid itu termasuk juga jika kita jatuh sakit setelah kembali dr medan jihad. Dan begitulah syahidnya ‘Zu bijadain’, akibat diserang demam teruk dlm perjalanan pulang bersama angkatan perang muslimin.

Susah ntuk aku tulis sendiri, apa yg patut aku buat jika aku rindukan syahid. kerana mungkin syahid itu masih takut-takut utk ku laungkan sbg motto hidupku yg masih penuh dosa ini.

teringat perbualan jenaka dgn kak aisyah sewaktu dia membantuku menjawab soalan neuropharmacology melalui tetingkap ym. Kenapa orang puteh yg baik-baik lagi sanggup pergi tolong Palestine compare to muslim particularly bangsa Arab sendiri? sbb bg org kafir, tiada Hari Perhitungan selepas mati, so mati bila2 dan macam mana pon takpe. Sedangkan muslim ni byk sgt pikir. Pikir belum bertaubat lagi, belum cukup amal lagi. Tu yg takut nk jadi front line yg guarantee mati. itupon kalau mmg pkir akhirat dan takutkan Allah, kalau dihinggapi penyakit wahan ie takut mati sbb masih sibuk nk kejar dunia dan hiburan-hiburannya? lagi laa tanak pergi tolong palestine kan. siap boleh bersyukur negara sendiri (msia/uk) tak kena serang mcm tu. astaghfirullah’alazim. muslim should never be happy/relief when a bad thing afflict another muslim!

ya ilahi Rabbi, aku ingin menjadi orang yg sentiasa merindukan syahid dan syurgaMu, pemburu redha Allah dan keampunanMu.

aku kongsikan disini sedikit mutiara hikmah yg ku peroleh dari seorang murabbi apabila ku ajukan mengenai terbatasnya hidupku sebagai seorang pelajar muslim di UK.

1) sentiasa menanamkan cita-cita utk syahid, sehingga cita-cita itulah yg menggerakkn kita ntuk berlaku ihsan dlm setiap pekerjaan yg kita lakukan, esp dlm menunaikan tanggungjawab syahadah kita sbg ‘ummatan wasata’.

2) sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan orang lain. Allah ckp org yg bc quran dgn merangkak2 sbb tak reti tu lagi byk pahalanya. bukan nk suruh jadi tak reti, tp nk kita tahu bahawa Allah sentiasa appreciate usaha dan susah payah yg kita hadapi demi keranaNya. so never give up to be a better person. soleh wa musleh insyaAllah.

3) ambil tahu dan kaji kisah2 perjuangan Nabi, para sahabat, tabien dan orang-orang yg telah syahid di jalanNya. jadikan mereka sumber inspirasi, character mereka sbg qudwah, kisah hidup mereka sbg teladan. Bukan sibuk dgn watak-watak picisan spt artis, watak dlm crita novel, senior or rakan sekelas yg lebih pandai or lebih byk peminat etc etc.

4) melazimkan diri dgn istighfar dan taubat, kerana mati itu tidak akan tercepat atau terlambat barang seminit pun.

5) mengutamakan redha Allah dahulu barulah redha manusia. mentajarrudkan diri dari tipu daya dunia tetapi mempergunakan dunia utk mencapai akhirat.

“Dan janganlah kamu mencampuradukkan yg hak dengan yg batil dan janganlah menyembunyikan yg hak itu padahal kamu mengetahuinya.” [Al Baqarah:42]

wallahu’alam.

rindukan Dia memenuhi hari dan hatiku,

Afifah,

Baitul Hikmah.

Pirates in Horn of Africa

Posted on November 28, 2008 by nadziraa.
Categories: Current Affairs.

Salam.

This is not a new released movie title but it’s something that i read from d metro news today.  There is a cargo ship named Sirius Star, hold by pirates off the coast of Yaman.

She is carrying grain from Hong Kong to Iran, has 2million barrels of oil worth 60million dolar and becomes significant (in the news) as there are two Britons crew captured within this pirating activity.

It is reported that there have been 90 attacks from gangs of pirates around the Horn of Africa this year.

mcm tak percaya je zmn moden dan kapal canggih2 boleh kena tahan dgn pirates dekat tempat yg sempit macam tu.

hmm pernah dengar tak hadis nabi :

“Demi Allah! Deen ini (Islam) akan disempurnakan (dan dimenangkan) sehinggakan seorang pengembara yang berjalan dari San’a ke Hadramaut (dlm Yaman) tidak takut sesiapa melainkan kepada Allah, atau bimbang serigala yang akan menggangu kambingnya (natural).”

this hadith acknowledge kegiatan lanun yg sangat dasyat dan memang susah nak dibanteras di kawasan Yaman ni. tak kiralah dkt kwsn darat ke, laut ke. same je.

tapi this hadith juga membuktikan, hanya dgn islam dunia ini akan selamat. hanya apabila islam itu diletakkan ditempat yg sepatutnya, iaitu di tempat yg teratas, sbg pemimpin dan penjaga seluruh bumi.

so tak kiralah siapa pon yg menang sbg president US, percayalah bahawa hanya islam (bukan individu) yg dapat mengubah dunia dan menjaga keamanan dunia.

tapi takkanlah percaya dan tunggu je, jomlah sama2 tegakkan islam dalam diri kita, dan beramal dgnnya sedaya upaya kita.

islam tidak boleh tertegak bersendirian, maka janganlah kita merasa cukup dgn menjadi baek sorang2, tanpa menghiraukan pembinaan dan pentarbiyahan rakan2 di sekeliling kita, family kita.

percaya atau tidak, usaha ntuk menaikkan islam sentiasa ada, maka janganlah disia2kan hidup ini dgn berpangku tangan, menunggu dan lihat, tanpa mengambil bahagian dan bersama2 berjuang.

bukanlah pergi berjuang kat medan perang, or pergi tolong selamatkn kapal yg kena tangkap dek lanun, tapi berjuanglah dlm medan sendiri. berjuanglah ntuk menghayati islam dlm DIRI, berjuanglah ntuk menyampaikan kefahaman islam kpd orang lain. berjuanglah melawan nafsu dan membebaskan diri dari cita-cita kecil yang pendek kepada mengimpikan dunia kekal, tempat pertemuan dgn Rabb.

“What is with Allah is better and more lasting” [ 42:36]

wallahu’alam.

Afifah,

Birmingham.

ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku.

bila mula sekolah

Posted on October 21, 2008 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Allahumma ‘afini fi badani, Allahumma ‘afini fi sam’i, Allahumma ‘afini fi basori.

Ya Allah sejahterakanlah tubuh badanku, Ya Allah sejahterakanlah pendengaranku, Ya Allah sejahterakanlah penglihatanku.

“Bila mula sekolah, demam pon datang ye sayang?”

ni adalah dialog iklan yg famous ntuk tease org yg buat2 demam. heeee.

tapi betullah kan.

bila mula sekolah, means dah masuk autumn. sejukkk.

bila mula sekolah, means kena keluar rumah seawal 8am. sejukkk.

minggu pertama bukak sekolah, saya selsema. sekarang ni pulak sejuk mencucuk2 sampai kepala saya berdenyut2. [ke sebab study pharmacy amat susah dan stress.erkk]

tahun ni duduk di Selly Oak, kongsi 3 org, bathroom ade satu je, tak mcm rumah besar last year yg ade 3toilets. now pagi2 kena beratur nk mandi. dan biasa le kalau sy tolak org lain ntuk mandi dulu. sejukkk.

teringat time kembara andalus aka southern part of spain. masyaAllah punyalah panas spain tu. sape suruh pergi bulan june kan. summer mmg le panas amat. everytime balik ke tempat penginapan, mesti berebut2 nk mandi dulu.  dh dpt turn tu, punya le lama berendam menyejukkn diri smpi kena ketuk pintu bilik mandi br teringat nk kuar. hehehee.

waktu tu le br terkesan dgn ayat2 quran yg menceritakan tentang syurga yg dihiasi dgn sungai yg mengalir. br le rs yes, mmg indah dan nikmat sgt le kalau ade air yg mengalir ntuk menyejukkn diri. kitorang yg sronok2 berjalan2 pon dh rasa terseksa dh dgn kepanasan andalus dan sgt menghargai dan mencari2 air. inikan pulak sahabat2 dulu yg diseksa di tgh gurun pasir krn mempertahankan aqidah dan iman di dada. tentunya janji Allah akan syurga dan sungai yg mengalir menjadi motivasi yg realistik dan sgt di idam2kan.

teringat jugak insiden sahabat baik sy yg sgt teruja dgn gambaran syurga dan cuba menceritakannya kpd adik2 first year yg br sampai. hmm guess wuts their reaction. blur… susah le nk imagine dan rasa make sense janji Allah tentang syurga yg ada sungai yg mengalir, sbb skrg adik2 ni tgh menggigil nk adapt dgn cuaca di uk yg semakin sejuk dan mencengkam tulang. kesian adik2. nnti kita g charity shop cari jacket tebal2 eh.

my point here is, kalau kita tak cuba hidup atau memahami kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, mesti kita susah nk faham quran dan rasa apa yg kita baca tu kurang make sense. so, insyaAllah let us learn quran n live our lives according to it. insyaAllah everything in it will become real and practical, if we try our best to practice Allah’s commandment.

7. Sungguh, orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.

8. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah syurga Adn yg mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dlmnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pon redha kpdNya. Yg demikian itu adalah balasan bagi orang-orang yg takut kpd Rabb mereka.

(Surah Al Bayyinah)

wallahu’alam,

Afifah Che Embi.

[struggling to stand firm in dis deen, di masa senang dan susah]

jom cari ticket blk msia

Posted on July 25, 2008 by nadziraa.
Categories: ~Lifestyle~.

Your Personality at 35,000 Says…
Deep down, you prefer spending time alone to spending time with others. You enjoy thinking more than talking.

You are good with your place in the world. You are confident and comfortable with who you are.

Your gift is having a way with words. You know how to express yourself well.

You are inspired by great thinkers and heroes. You find human accomplishment riveting.

It’s very easy for you to feel happy. You can find peace with any situation.

p/s: i must be very homesick, dats why i took dis personality test. pantang nmpk anything yg ade kaitan dgn flight / plane / being home.huhuhu.

~afifah @ al munawwarah~